Funny Face Clip Art Funny Face Clip Art Hello Animations

Thursday, October 11, 2012

TIP pEmakan yang BEtul

1.sebelum mkn baca doa terlebih dahulu.agar kita terhindar dripd segala kemudaratan yg tidak diingini. Sekurqng-kurangnya menyebut nama ALLAH : بسم الله الرهمن الرهيم

CARA PEMAKANAN MENURUT ISLAM

1. MAKAN APABILA LAPAR BERHENTI SEBELUM KENYANG.

=Nabi muhammad SAW bersabda bahawa : "kami adalah kaum yang makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.
 =daripada hadis ini dapat difahami baginda SAW menganjurkan kita agar bersederhana dalam makan dan minum.jauhkan pembaziran.tidak perlu makanan yang asal kita nampk dan mampu membangkitkan seler, semuanya hendak dibeli dan disumbat ke dalam mulut.namun, hakikatnya ia bukan lagi perkara pelik kerana apa yang berlaku hari ini, ramai yg mkn selagi perut boleh disumbat kerNa blum terasa kenyng. Akhirnya apbila tiada kwalan mknn yg baik,pelbgai penyakit kronik mulai menimpa manusia

2.MAKAN BUKAN UNTUK SEDAP.

=sekarang ini, plbagai jenis mknn terhidng di dpn mata. Iklan2 di media cetak dn elektronik turut mempengaruhi selera nafsu mkn sesiapa shaja yg melihat. Skalipun mhl nmun krana mhu memenuhi slera mereka ttp bpmmbeli.

3.MAKANAN YANG HALAL DAN BAIK (HALALAN TOYIBBA)

Thursday, September 13, 2012

BBQ di hari raya ^__^

         
       

Raya - Raya

          

Byk lagi next post..

Assalammualaikum ^__^

Hai semua.. Sihat kan... Bgus.. Lama beno x update blog
*ko caye ko pandai.. Hehe

Tdi masa ictl cikgu nk kitaorg update blog psl gmbr rye..
Aku happy je.. Member aku muka semua xleh bla..

Aku happy sbb aku dh msuk lma dh gmbr rya.. Tpi skit je la

Jadi hri ni aku nak masuk kn.. Kalau blh byk2 la.. Bru ciok... Hehe
K lah bye... See uoll in next post..

Monday, September 3, 2012

Gambar spupu saya ^__^

   
           
Nothing to say..

Lagi!

Ni gmbr mak ngan ayh aku..  Sweet x.. Of course la kan.. Tgk la anak nya nnti.. Auch.. Gatalnya.. Haha

Gambar raya lagi


Ni gmbr aku,spupu nenek ngan makcik.. Nenek tu sebenarnya mlm raya bru balik 
Dri umrah/haji.. Xingatla.. Dia puasa sebulan kt sana.. Best!!

Gambar2 raya... Best!


Ni gmbr raya pertama.. Xramai pun.. Sbb yg selebihnya dtg lmbt skit..
Aku duk hujung tu.. Tudung klabu hitam.. Tgh cover gelak.. Malu pun ad..
Ye la diaorg ltknya aku kt dpn spupu aku yg laki tu.. Dh la sma umur.. Pastu spupu aku yg f1 xhbis2 pikir neg(-) tension!

Cuti raya..!!😊😄😊😄😊😄😊

Assalammualaiku.,
 Sape xnak raya? Sper xnak cuti semua nk kan..
Slng ni kita di blan syawal..
Mesti korang ingat kita raya sebulan..

Sebenarnya salah tu..
Kita raya sehari je pun..
Bulan syawal je yg sebulan pun..

Faham x..
Ok aku mlz nk bobe pnjg2,..
Aku nk post gmbr raya plk.. Ooooo.. Besttt xsabar rasanya!!
 Jumpa di post selagi

Tuesday, August 14, 2012

Sahabat





Dalam memilih kawan, remaja harus memilih kawan yang baik. Kawan yang baik tidak sahaja menjadi teman mengatasi kesunyian tetapi menjadi sahabat pada waktu susah dan senang. Kawan yang baik menjadi tempat berbual perkara-perkara yang berfaedah, memberi dan menerima nasihat yang berguna serta menjalankan kegiatan bersama yang boleh memberi manfaat. Kawan yang baik adalah kawan yang tahu batas benar dan salah dan sekiranya remaja terlanjur atau terlajak, ia akan menasihatinya.
Remaja yang menjalani rutin hidup jangan dibelenggu oleh suasana kesunyian. Ada ketikanya remaja perlukan kesunyian untuk mencari kekuatan dan menumpukan perhatian kepada sesuatu. Menelaah dan mengulangkaji bahan-bahan pelajaran tentunya memerlukan suasana yang tidak bising dan mengganggu.
Ada ketikanya remaja memang suka mengurung diri dalam bilik dan tidak ingin diganggu. Tetapi suasana sunyi akan bertukar menjadi beban dalam hidup apabila remaja mula berasa sunyi. Sunyi adalah membosankan dan sunyi perlu diisi dengan kegiatan-kegiatan yang terlarang.
Bagi remaja yang dirundung suasana sunyi, perasaan menjadi sunyi dan hati juga menjadi sunyi. Jiwa terasing mula dirasakan. Remaja tidak tahu hendak berbuat apa-apa. Akhirnya apa yang tergerak itulah yang dilakukan. Kadang-kadang yang dilakukan adalah sesuatu yang salah dan tidak bermanfaat.
Merokok dianggap sebagai teman mengisi kesunyian. Menonton bahan-bahan lucah boleh mengisi cita rasa mengatasi kesunyian. Akhirnya amalan sebegini menimbulkan ketagihan dan remaja ingin terus melakukannya lagi tanpa pengetahuan orang lain.
Bila kesunyian boleh mendorong remaja melakukan kegiatan negatif, remaja harus bijak mengurus saat-saat sebegitu. Langkah pertama yang boleh dilakukan ialah berhubung dengan kawan-kawan yang baik dan boleh dipercayai supaya perbualan dapat berlaku, pertemuan dapat berjalan dan pertukaran pendapat mengambil tempat.
Adanya teknologi canggih seperti komputer boleh digunakan untuk melakukan chit-chatting yang berfaedah, melayari Internet dan laman web yang memberi maklumat dan ilmu yang berguna. Seterusnya remaja harus memiliki hobi seperti membaca, bermain dan bersukan bila melalui masa-masa lapang dan tidak membiarkan kesunyian membelenggu hingga menyebabkan remaja menjadi resah dan kehilangan arah.
Komunikasi dengan ibu bapa, adik-beradik adalah langkah terbaik bagaimana kehidupan di rumah berlaku dengan riang dan ceria. Sekiranya komunikasi dalam keluarga dapat berlaku secara baik, ia secara jangka panjang akan mengukuhkan hubungan kekeluargaan, ada perasaan ambil tahu dan saling berkongsi di kalangan anggota keluarga dan menyebabkan hubungan sekeluarga menjadi rapat dan erat.
Apa sahaja masalah yang dilalui oleh remaja boleh ditanya dan dikongsikan dengan ibu bapa. Ibu bapa adalah lambang contoh yang mendidik para remaja dan ibu bapa adalah tempat mengadu daripada masalah dan penyelesai kepada kebuntuan yang dihadapi. Ibu bapa adalah orang yang selalunya bersifat jujur dan sayang kepada anak-anaknya. Sifat ini harus dimanfaatkan oleh remaja supaya masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan bijaksana.
Remaja Islam yang baik boleh mengurus kesunyian dengan baik juga. Masa terluang akan diisi dengan kegiatan yang memberi faedah. Ada ketikanya remaja Islam perlukan orang lain sebagai teman berbicara. Ada ketikanya remaja Islam perlukan suasana yang sunyi dan tenang untuk melakukan komunikasi dengan Pencipta.
Solat merupakan jalan terbaik bagaimana komunikasi dengan Allah s.w.t. dapat berlaku. Remaja akan melakukan rukuk dan sujud untuk membina jiwa kehambaan yang tinggi. Daripada jiwa kehambaan yang tinggi menerusi amalan membentuk hati, iman dan takwa menyebabkan remaja takut melakukan perlanggaran dalam syariat Allah.
Remaja akan berasa insaf apa saja yang dilakukan dalam hidup tidak akan terlepas daripada pemerhatian Allah. Remaja akan merasakan bahawa hidup yang berkat adalah di bawah keredaan Allah.
Remaja yang bertakwa adalah remaja yang sering merasakan bahawa dalam melakukan apa-apa terutama pada waktu sunyi, remaja akan sentiasa conscious ataupun ingat bahawa Allah ada di mana-mana. Sesetengah remaja apabila tidak berada di depan ibu bapa atau orang yang diseganinya akan melakukan sesuatu di luar batasan terutama pada waktu dalam kesunyian.
Jangan biarkan kesunyian membelenggu hingga sunyi menggigit hati dan mencengkam rasa dan menyebabkan jalan keluarnya ialah melakukan perlanggaran yang membawa akibat buruk kepada diri remaja. Jadilah remaja yang sentiasa ingat kepada Allah, tahu batasan dan larangan-Nya dan sentiasa patuh dengan ajaran-Nya.
Isilah masa dengan kegiatan yang berfaedah, tingkatkan ilmu dan pengetahuan supaya remaja merasakan sunyi adalah teman, sunyi adalah ruang mencari kekuatan dan sunyi menjadikan remaja orang-orang sentiasa berfikir mengenai kebaikan dan dapat menghindarkan diri daripada terjebak dengan kegiatan-kegiatan yang terlarang.

مڠوروس كسوڽين ممرلوكن ڤدومن اڬاما


http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/07/sabar.jpg?w=300
Oleh DR. SIDEK BABA
AMIR Hamzah, seorang penyair terkenal, menyebutkan sunyi dalam rangkap bait puisinya, “Sunyi itu duka, sunyi itu kudus. Sunyi itu luka, sunyi itu lampus.” Dalam bahasa yang mudah kesunyian adalah suatu keadaan yang menyebabkan jiwa dan hati rasa terasing. Ia boleh menyebabkan manusia digigit resah dan dipaut pasrah. Daripadanya kedukaan menghimpit.
Sunyi itu juga boleh membawa keadaan yang tenang. Ketenangan boleh menyebabkan manusia melihat ke dalam diri dan mencari kekuatan. Bagi ahli ibadah, bangun tengah malam dalam suasana sunyi mendekatkan dirinya dengan Allah s.w.t.. Lahir kekudusan yang amat dalam dan manusia berasa jiwa kehambaan yang amat tinggi.
Sunyi juga boleh mengheret insan berasa tertekan. Dirinya semacam rasa tidak dikasihi dan mengasihi. Terasa yang amat sangat dirinya seolah-olah ditinggalkan dan hidup dalam keterasingan. Keadaan tertekan menyebabkan hati jadi luka. Dan dalam kelukaan yang parah hati kehilangan rasa dan akhirnya menjadi rosak ataupun lampus. Ia merasakan semalam yang berlalu penuh dengan kesunyian dan apabila besok menjelang kesunyian menjadi teman hidupnya.
Mengurus kesunyian bukanlah suatu hal yang mudah. Remaja yang hatinya ceria amat suka berkawan. Kawanlah menjadi tempat berbual, berbincang, mengadu dan meminta nasihat. Tanpa kawan, remaja akan sunyi. Kesunyian adalah sesuatu yang amat mencengkam. Kesunyian tidak hanya berlaku kepada remaja.
Ia berlaku kepada semua peringkat kehidupan manusia. Seorang lelaki yang kematian isteri yang disayang akan berasa sunyi yang amat sangat apabila ketiadaan isteri di sisinya lagi. Seorang anak yang kehilangan ibu dan ayah juga merasakan kesunyian yang luar biasa.
Seorang tua yang berumur dan tinggal seorang diri merasakan perjalanan hidup yang sunyi dan menggigit. Kawan berbual tidak ada. Masalah diri ditanggung sendiri. Simpati yang diharap tak kunjung datang. Akhirnya menangisi nasib dalam duka yang berpanjangan.
Cabaran dan godaan juga sering datang pada waktu sunyi. Manusia mempunyai nafsu dan naluri. Kesunyian yang tidak terpandu boleh menyebabkan manusia melayani bisikan syaitan dan iblis. Mengisi kesunyian sewaktu menerima bisikan syaitan dan iblis boleh mendorong seseorang melakukan maksiat dan kemungkaran. Seseorang boleh lupa kepada diri, lupa kepada agama dan lupa kepada Allah s.w.t. kerana kesunyian menjadikannya membuat pilihan yang salah.
Mengurus kesunyian memerlukan pedoman. Bagi remaja, naluri berkawan adalah dorongan yang utama dalam hidup. Remaja memerlukan kawan untuk berbual, bertukar-tukar pandangan, memohon nasihat, berkongsi perasaan dan masalah. Remaja memerlukan kawan supaya tidak berasa sunyi. Ada ketikanya kawan yang didampingi adalah kawan yang baik dan ada ketika bertemu dengan kawan yang sebaliknya.
Banyak kajian menunjukkan bahawa pengaruh kawan atau rakan sebaya menjadi faktor utama dalam memahami tingkah laku dan gelagat remaja hari ini. Kecenderungan remaja terlibat dalam amalan merokok dan salah guna dadah, umpamanya, antara lain ialah faktor pengaruh kawan di samping keinginan mencuba. Pengaruh rakan sebaya besar kesannya mempengaruhi hidup seorang remaja.
- PROFESOR DR. SIDEK BABA ialah pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Kelebihan berdoa


Kelebihan berdoa

1. ALLAH berjanji akan memperkenankan segala pemintaan hambaNya yg baik2 serta tidak menyalahi syarat- syaratnya.Hal ini selaras firmanNya:

Dan Tuhanmu berfirman:"berdoalah kepadaKu, nescaya akanKu perkenankan bagimu." (Surah Ghafir:60)

2.Doa juga merupakan suatu ibadat.Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. :

"Berdoa itu merupakan suatu ibadat dan Allah berfirman: Berdoalah kepadaKu, nescaya akan ku perkenankan untuk kamu." (Abu Daud Al-Tirmizi dan Ibn Majah)

3. Allah malu untuk menolak atau menghampakan permintaan hambaNya, sebagaimana sabda baginda s.a.w. :

"Sesungguhnya Tuhan kamu yang mulia, amat pemalu terhadap hambaNya apabila hambaNya mengangkat kedua belah tangannya memohon kepadaNya (berdoa) untuk menolak kedua tangannya itu dengan kosong." (Abu Daud, Al-Tirmizi dan Ibn Majah)

4. Doa yang dipanjatkan oleh hamba akan diperkenankan melalui 3 bentuk, sebagaimana sabda Baginda s.a.w. :

"Mana mana muslim yg berdoa kepada Allah dengan suatu doa dan dia tidak berdosa serta tidak memutuskan hubungan silaturrahim, melainkan diberikan oleh Allah dengan salah satu dari 3 bentuk: sama ada disegerakan apa yang dia doakan atau sebagai simpanan bekalan pada hari Akhirat ataupun diselamatkan daripada sebarang kejahatan.Para sahabat berkata: Oleh itu,kita perbanyakkan (berdoa).Baginda bersabda: Allah itu lebih bayak lagi (rahmatNya)."()al-Tirmizi dan Ahmad)

rujukan: Buku senjata rahsia orang mukmin, karangan Ustaz Ab. Latif Muda

Friday, August 10, 2012

Kawan kita! Haha!!!

Assalammualaikum..
Masuk 2..
 Jgn malu2..
Hri ni nk tunjuk korng gmbr kwn2 aq! Haha

Yg baju biru tu nma yasmin, yg oren liyana yg pink farah.. Semua kawan kita..
Yg suka buat aq sabar manyak ialah yasmin! Dia ni haish! Sabor je lah!

Yg bju biru tu kwn kita nama dia khadijah.. Dia niiii baik la .. Baik skit dri yasmin tu!!

 Tu je lah aq mls nk tulis dh bye
Assalammualaikum


Saturday, August 4, 2012

Cuba fesyen tudung baru..

 Sper x knl najwa latiff ?
Cntik kan gaya tudung dia tu..
Ari ni aq g jaln2 pakai tudung gaya najwa latiff...

Ni gmbr dia..

Ni yg pertama yg kedua.. Saksikanlah..


Yg ni sebenarnya cover ayu.. 
Ee.. Ahah