Funny Face Clip Art Funny Face Clip Art Hello Animations

Thursday, May 24, 2012

GUru!

Cikgu, guru itulah panggilan yang diberikan kepadamu Kau mendidik anak bangsamu dengan ketulusan hatimu Kau berdedikasi untuk mengajarkan yang terbaik Untuk melahirkan anak didik yang boleh berjaya suatu hari nanti Guru, kau seorang insan yang teristimewa Baktimu kalahkan bak gunung Everest Jasamu tidak ternilai harganya Kau bak sebatang lilin yang sering menyinari kegelapan muridmu Guru, betapa kau dihormati oleh segala lapisan masyarakat Tugasmu begitu mencabar dan jiwamu begitu kental Setiap hari kau akan berdepan dengan pelbagai cubaan Namun rintangan yang mendatang kau dapat menangkisn Guru, kau seorang yang tegas dan berwibawa Ketabahanmu membuat kau sentiasa redha Kau berkaliber dan berhati mulia Kau sering dijadikan cermin oleh anak didikmu

Sajak "guru o guru"

BERBURU ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar Ibarat bunga kembang tak jadi (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulangi ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat. USMAN AWANG 1979

Friday, May 18, 2012

Penutup botol!!!

Wah tajuk yg paling top kat kelas 2salman... Aq nk cerita tentang bdk laki kelas aq,dioranh ni kalau cikgu xdtg/xde ke Diorang akan main penutup botol. Mula-mula tengok diorang main memang menyampah giler giler,, Yela main sampai guling - guling bagai,lompat bagai nak pecah lantai dan sebagainya.. Tapi bila di fikir balik kan tengok diorang main macam best je!haha Kalau masuk gol tu....hanya kelas salman sahaja yg tahu. Hahahaha Walaupun diorang ni kan selalu la kena marahkn tapi semangat nk main ngan penutup bola still ada!!!terbaika,,hahah Kadang-kadang aq ngan khadijah pakat kalau nampak penutup bola amik cepat-cepat-cepat amik pastu sorok!hhaha tgk mainan khadijah lagi terbaik! Kadang-kadang tu kan bila penutup bola sampai kt kaki aq/khadijah cepat-cepat kitaorg amik,,lpstu diorg pun mulalah tercari- cari,,kesian!! Budak laki yg main terlalu overconfident ialah tutututut... Hahaha biarlah dia nk main over ke x..janji diorg x buat hal janji diorg x malukn kls salman sudah!! Sampai situ je kot!!nanti kita sambung lagi!!bye ^__^

BaHaNa Meninggalkan SOLAT Fardhu lima waktu

Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat. Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai. Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah. Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri. Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.” Sahabat Oh! Islam sekalian, ketika anda membaca artikel ini anda masih menyedut udara untuk bernafas. Adakah udara itu diredhai Allah SWT? Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.

Periksa~periksa~ ^__^

PErikSa! Hari ni dh masuk hari ketiga aq menduduki peperiksaan!! Nak kata stress xde lah stress mne! Cuma aq takut je!!takur gagal!takut hilang kwn sebelah! Takut macm-2 lgi! Takut yg pertama ialah Sebab aq gagal,tu yg aq takut!kalau aq gagal bapak aq suruh byr 80.00 bg gnti rugi nk bukak ipad yg dh kena block ni!!mahal wey!!! Takut yg kedua plak, Sebab aq takut hilang kdjah,khadijah,titi,Tati,whatvrlah! Ha tu aku xnk tu..sbb kd ni dia pndai seyh!!aminn Hahahahahaha..betul dia pandai!!b.arab dia pandai,geo dia pandai,math pun dia pandai,dan sebagainya!! Takut yg ketiga / last! Aq takut nama kelas aq 2salman 'kotor' Kotor dri segi apa? Kotor dri segi MENIRU di dalam peperiksaan!! Aq x nak kaitkn sper-2 kt sini!biarlh  Semua ni jdi rahsia!! Satu lgi aq takut kelas 2salman famous di mulut guru-2 smkas18 hebat!!tu yg aq takut,sbb ada yg bwk phone bagai!!haishhh 2salman 2salman!!! Ni la kelas yg paling BAIK pernah aq masuk!! Kelas ni juga pandai berlakon gilerrr !! Boleh masuk abpbh!! Kuang kuang kuang!!!