Funny Face Clip Art Funny Face Clip Art Hello Animations

Thursday, May 24, 2012

GUru!

Cikgu, guru itulah panggilan yang diberikan kepadamu Kau mendidik anak bangsamu dengan ketulusan hatimu Kau berdedikasi untuk mengajarkan yang terbaik Untuk melahirkan anak didik yang boleh berjaya suatu hari nanti Guru, kau seorang insan yang teristimewa Baktimu kalahkan bak gunung Everest Jasamu tidak ternilai harganya Kau bak sebatang lilin yang sering menyinari kegelapan muridmu Guru, betapa kau dihormati oleh segala lapisan masyarakat Tugasmu begitu mencabar dan jiwamu begitu kental Setiap hari kau akan berdepan dengan pelbagai cubaan Namun rintangan yang mendatang kau dapat menangkisn Guru, kau seorang yang tegas dan berwibawa Ketabahanmu membuat kau sentiasa redha Kau berkaliber dan berhati mulia Kau sering dijadikan cermin oleh anak didikmu

No comments:

Post a Comment